Delima menjadi simbol kesuburan bagi masyarakat
Yunani, dan terkandung dalam kitab injil sebagai buah kesetiaan.
Warna merah batu permata - seperti buah dan jus yang dikesan mempunyai
anti kanser dan antioksidan yang tinggi yang ditemui dalam buah. Hasil
kajian terkini mendapati segelas jus delima sehari berpotensi seperti
viagra yang membantu dalam fungsi nafsu lelaki.
“Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin (genitals).”Kata Penyelidik dari Universiti California.“Jika anda rasa teman hidup anda tidak cukup bertenaga di bilik tidur, ini adalah jawapan kepada segala kebimbangan: berikan teman anda minuman jus delima” Berdasarkan kajian terbaru, jus delima sebagaimana diketahui baik untuk melawan penyakit jantung, mendorong kepada peningkatan seks di kalangan lelaki. |
Berdasarkan kajian klinikal mendapati bahawa, lelaki mati pucuk yang meminum secawan jus delima setiap hari mendapat tindak balas yang positif berbanding mereka yang meminum jus placebo. Kajian “crossover” dijalankan ke atas kumpulan lelaki dimana kedua-duanya diberi jus delima dan jus placebo selama empat minggu. Separuh daripada ereksi mudah untuk dikekalkan apabila meminum jus delima. Jus membantu meningkatkan peredaran darah pada alat kelamin, tindak balas pisikologi diperlukan untuk ereksi dan kepuasan seksual. |
|
Berdasarkan kajian daripada Harin Padma-Nathan, MD, Profesor
Klinikal Urologi di Sekolah Perubatan Keck, Universiti Southern
California, “penemuan ini sangat menggalakkan tanpa serangan, tanpa dadah yang memberi kesan dalam kehidupan lelaki. Bagi
lelaki yang mati pucuk, diet dan senaman amat penting. Meminum jus
delima setiap hari adalah salah satu langkah terbaik dalam pengurusan
diet harian.” Tiada siapa yang menukar keyakinan anda terhadap Viagra dengan jus delima. Kebaikan daripada delima telah terbukti kepada lelaki dan wanita, dan anda akan merasai kelebihan seksual di luar jangkaan. “Lelaki yang mahu meningkatkan persembahan di bilik tidur perlu meminum jus delima”, kata Penyelidik. Berdasarkan saintis dari Universiti California, segelas jus bertindak seperti Viagra. Penyelidik berkata jus ini kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengedaran darah pada alat kelamin. |
No comments:
Post a Comment